Murid jatuh bas: PPD diarah sediakan laporan menyeluruh

Iklan
Anggota trafik, Mohamad Yuskarfi Abdullah melihat lantai bas yang meragut nyawa murid SK Tok Bok.

PUTRAJAYA - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang, Kelantan, telah diarahkan untuk menyediakan laporan menyeluruh, berhubung insiden murid maut terjatuh daripada bas dengan kadar segera.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan berdukacita dengan kematian murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang, Wan Mohammed Adam Mohd Suria, ketika dalam perjalanan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri bengkel bahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat awal, katanya murid berkenaan dikatakan terjatuh dari lubang hadapan bas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bas lantai reput lulus pemeriksaan Puspakom

Iklan

Susulan kejadian itu, Maszlee dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan semua PPD untuk memastikan program-program yang melibatkan pergerakan murid sentiasa mematuhi segala peraturan ditetapkan.

"Kementerian tidak sesekali akan berkompromi dengan keselamatan murid dan hal itu sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Iklan

Katanya kementerian telah mengarahkan beberapa tindakan awal diambil, termasuk mengarahkan pihak sekolah membantu pengurusan jenazah dan menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM1,000 kepada keluarga mangsa.

"Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa kesalahan berkaitan akan dibawa ke muka pengadilan," katanya, sambil menambah kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama