Lantai bas 'jerlus': Puspakom sedia kerjasama

Iklan
Lantai bas berlubang yang mengorbankan nyawa murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang semalam.

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung tragedi seorang murid lelaki maut selepas terjatuh dari bas sekolah pagi semalam.

Puspakom dalam kenyataan berkata, pihaknya akan memberikan laporan dan butiran terperinci hasil pemeriksaan ke atas bas terbabit.

Iklan
Iklan

"Laporan Puspakom ini dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berkenaan insiden ini dengan lebih mendalam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahun enam maut lantai bas berlubang

Iklan

Bas terlalu uzur, lantai reput: PDRM

Murid jatuh bas: PPD diarah sediakan laporan menyeluruh

Iklan

"Seperti prosedur biasa, Puspakom bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM akan melakukan pemeriksaan terperinci ke atas bas terbabit dari segi teknikal dalam masa terdekat.

"Puspakom melahirkan rasa kesal dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah,” menurut kenyataan itu.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang murid lelaki maut selepas terjatuh dari bas sekolah sedang bergerak dipercayai akibat terpijak lantai bas berlubang di Kampung Kandis, Pasir Puteh, Kelantan.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan.

Mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa bersama rombongan sekolahnya dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).