KAJANG - Seorang lelaki warga India cedera dibelasah sekumpulan penjenayah dalam kejadian di sebuah restoran di Semenyih, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa yang merupakan pekerja restoran menegur enam lelaki kerana mengacau dan membuat bising.
Iklan
Iklan
"Berang selepas ditegur, lelaki berkenaan bertindak memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu selain meminta mangsa membayar RM1,000 setiap sebulan.
"Akibat kejadian, mangsa mengalami lebam di mata dan belakang badan," katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Dzaffir berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 447/385 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan pemerasan terhadap mangsa.
Tegasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Fazilatul Aida di talian 012-2667402.