Teman wanita dari 'neraka'

Iklan
Kathleen Phelan, 18, didakwa melakukan kekerasan melampau ke atas Matthew Butcher, 19, dalam serangan Ogos tahun lalu.

WARWICK - Seorang gadis dari Kenilworth, England sesuai digelar 'teman wanita dari neraka' selepas menculik dan mendera bekas pasangannya selama enam jam tanpa henti.

Kathleen Phelan, 18, didakwa melakukan kekerasan melampau ke atas Matthew Butcher, 19, dalam serangan Ogos tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Mahkamah Warwick Crown, gadis tersebut melakukan serangan itu dengan bantuan teman lelaki barunya, George Russell-Brookes (20) dan seorang rakan, Christopher Emery (19).

Ketiga-tiga mereka memukul dan memaksa mangsa meminum air kencing.

Iklan

Mangsa turut dipaksa memakan muntah dan diikat seperti anjing peliharaan.

Selepas disabit bersalah, Phelan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara.

Iklan

Russell-Brookes dan Emery masing-masing dijatuhi hukuman lima dan empat tahun penjara. - Agensi