RMK-12: Melaka tumpu naik taraf sistem jalan raya

Iklan
Adly Zahari dan Radzi Jidin pada sidang akhbar selepas menyertai sesi libat urus antara kerajaan negeri Melaka dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 di pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

MELAKA - Menaik taraf sistem perhubungan jalan raya antara segmen yang akan diberi penumpuan oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi pembangunan negeri untuk menjayakan pelan lima tahun tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, selain menaik taraf sistem perhubungan jalan raya untuk mengelak masalah kesesakan, tumpuan turut diberikan bagi mengatasi bencana banjir dan usaha meningkatkan tahap kesihatan penduduk.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu, kaedah meningkatkan bidang ekonomi negeri termasuk peluang-peluang pelaburan dan menjadikan Melaka sebagai pusat bandar pelabuhan adalah antara perancangan yang akan dimasukkan dalam RMK-12 negeri ini.

"Kita akan mengambil kira kehendak rakyat termasuk daripada segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan kelestarian serta kebersihan negeri dapat dilaksanakan pada RMK-12,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi libat urus antara kerajaan negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diketuai Timbalan Menterinya, Dr. Radzi Jidin bagi pelaksanaan RMK-12, di pejabatnya di Seri Negeri di sini hari ini.

Melaka merupakan negeri pertama yang menjadi tuan rumah sesi libat urus itu yang melibatkan sesi taklimat dan perbincangan antara kementerian dan kerajaan negeri sebagai persediaan bagi merealisasikan pelan lima tahun itu.

Iklan

Sementara itu, Radzi memberitahu, menerusi sesi ini, pihaknya akan mendengar pandangan, hala tuju dan aspirasi yang digariskan setiap kerajaan negeri sebelum memberi panduan kepada mereka menyusun pelan pembangunan masing-masing dalam RMK-12.

"Pelan RMK-12 ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun hadapan sebelum diguna pakai mulai tahun 2021 untuk tempoh lima tahun.

"Pada sesi libat urus ini, kita menjelaskan aspirasi dan hala tuju RMK-12 untuk memberi gambaran kepada kerajaan negeri supaya mereka memahami apa aspirasi kerajaan dan membuat perancangan sejajar dengan hasrat Pusat," katanya.