KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut sewaktu menyelam akibat terkena bom ikan di Semporna, semalam.
"Kami sedih untuk melaporkan berlaku insiden pada 5.50 petang di Semporna. Ini sangat menyedihkan kami kerana ia melibatkan pengeboman ikan secara haram yang menyebabkan kematian kepada pelancong dan jurulatih selaman kita.