JAS lulus PSR dengan 72 syarat
Iklan
Kon Yeow menunjukkan surat kelulusan daripada JAS bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo di Taiwan Expo 2019 semalam.
BAYAN BARU - Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan menerima surat kelulusan untuk melaksanakan tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerima surat tersebut melalui faksimili.
Iklan
Iklan
Menurutnya, menerusi surat berkenaan, JAS memberi kelulusan tersebut besertakan 72 syarat yang perlu dipenuhi sebelum projek tambakan tersebut dijalankan.
"Saya mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima surat kelulusan daripada JAS berhubung pelaksanaan projek PSR.
Iklan
Kita baharu terima, oleh itu kita akan meneliti dan mengkaji kesemua syarat yang diberikan JAS.
"Kita akan membincangkan syarat-syarat yang diberikan dengan agensi dan jabatan terlibat selain akan mengadakan pertemuan dengan JAS untuk meneliti kesemua syarat yang diberikan," katanya pada sidang media di Taiwan Expo 2019 semalam.
Iklan
April lalu, Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan PSR yang disusuli dengan 18 syarat.
Kebanyakan nasihat berkenaan selaras dengan aspirasi Kerajaan Pulau Pinang menyebabkan ia tidak sukar untuk diterima selain nasihat yang diberikan tidak memberi kekangan kepada kerajaan negeri untuk menunaikannya dan dilihat sebagai penambahbaikan usaha yang sedia ada.
Sementara itu, Kon Yeow berkata, dengan 72 syarat yang ditetapkan, projek itu berkemungkinan akan berdepan dengan kenaikan kos berikutan masa yang diambil dalam melaksanakan kesemua syarat tersebut.
"Syarat yang dikenakan agak banyak dan mencabar selain jumlahnya (72 syarat) lebih banyak yang diberikan oleh MPFN. Bagaimanapun, kerajaan negeri yakin kita akan dapat memenuhi kesemua syarat berkenaan.
"Saya akui, kita mungkin akan berhadapan dengan cabaran kenaikan kos bagaimanapun bagi saya, yang lebih penting projek ini dapat dilaksanakan dengan selamat,” katanya.
Sebelum ini, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek PSR dihantar kepada JAS pada pertengahan Jun lalu, selepas ia dibentangkan kepada awam selama sebulan bermula April lalu.
Projek PSR melibatkan tambakan kira-kira 1,821 hektar tanah dan ia sebagai perjanjian pertukaran tanah untuk membiayai cadangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion.
Projek mega bernilai berbilion ringgit itu merangkumi transit aliran ringan, monorel dan tiga buah lebuh raya yang dijadualkan siap pada tahun 2050.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam