Polis rampas 280 kg daun ketum

Iklan
Mohd Azmir (tengah) menunjukkan balutan daun kehijauan dipercayai daun ketum yang dirampas di Kampung Telaga Papan.

PASIR PUTEH - Kira-kira 280 kilogram daun kehijauan dipercayai daun ketum dirampas dalam serbuan polis di Kampung Telaga Papan, Semerak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, serbuan dilalakukan jam 10.30 malam di hadapan rumah tidak bernombor oleh sepasukan 10 anggota polis.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika itu seorang lelaki sedang memunggah sesuatu dari kerete Perodua Kancil ke kereta Volkswagen Golf.

"Lelaki itu cuba melarikan diri selepas pegawai kanan polis memperkenalkan diri tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan.

Iklan

"Hasil pemeriksaan kita menemui 14 plastik hitam setiap satunya berisi daun kehijauan dipercayai daun ketum di dalam balutan-balutan di atas tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil.

"Kita juga menemui 14 bungkus plastik hitam lagi yang mengandungi bahan sama dalam kereta Volkswagen Golf," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh, hari ini.

Iklan

Mohd Azmir berkata, kesemua daun seberat 280 kilogram itu dianggarkan bernilai RM8,300.

Tambahnya, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Ujian saringan ke atas suspek yang mempunyai lapan rekod lampau berkaitan narkotik itu adalah negatif," katanya.