Mujahid bidas kenyataan Abdul Hadi

Iklan
Mujahid

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isytihar harta sebagai konsep ataupun idea komunis dan sosialis.

Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mempersoalkan adakah Abdul Hadi turut mengatakan bahawa dirinya komunis kerana bertindak mengisytiharkan harta sebaik menjadi Ahli Parlimen pada 2008 lalu.

Iklan
Iklan

"Secara peribadi masa jadi pembangkang setiap tahun saya isytihar aset. Adakah saya komunis? Tak.

"Itu tanggungjawab saya, jadi berhati-hati buat kenyataan," katanya pada sidang media program"Street Raya" masjid dan surau Jumaat Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Iklan

Semalam, pada sidang media di Rusila, Marang, Abdul Hadi menyifatkan isytihar harta sebagai konsep ataupun idea komunis dan sosialis, serta tindakan yang dibayangi oleh pengaruh DAP dalam kerajaan PH.

Isnin lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pengisytiharan harta akan menjejaskan harta dan individu tersebut, di samping akan menimbulkan rasa dengki.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan pembangkang isytihar harta, kata Tuan Ibrahim

Mengulas lanjut Mujahid berkata, Pas sebagai parti bertunjangkan Islam tidak seharusnya menggunakan agama sebagai kuda tunggangan sekiranya tidak mampu menunaikan janji yang dipersetujui sebelum ini.

"Saya sukar nak bagi pandangan kepada dasar mereka yang 'flip flop'. Tapi yang terang dan jelas, satu jangan guna Islam kalau tak nak buat itu seolah-olah kita menunggang agama, itu satu jawapan salah.

"Kedua, jangan salahkan parti lain sebab isu ketelusan ini kita dah sebut dalam manifesto kita. Bukan soal daripada semua parti bersetuju, termasuklah Pas dulu," katanya.