Pemandu bas meninggal dunia ketika bawa penumpang

Iklan
Perkongsian yang tular di media sosial.

IPOH - Seorang pemandu bas ekspres meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, semalam.

Kejadian sekitar jam 10 malam itu berlaku di Kilometer 284, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, ketika bas membawa 30 penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Mangsa, Johari Abdul Jalil, 57, ketika kejadian dipercayai sedang bercakap di telefon sebelum secara tiba-tiba jatuh atas stereng bas dalam keadaan duduk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dengan bantuan penumpang dan pemandu bas kedua, mangsa dibaringkan di tempat duduk penumpang sebelum menghubungi pihak hospital untuk bantuan.

Iklan
Mangsa dilihat rebah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada jam 3.30 pagi tadi.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati, kematian mangsa akibat sakit jantung," katanya.

Iklan

Beliau berkata, setakat ini siasatan menunjukkan kes berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Terdahulu, tular di media sosial terdapat seorang pemandu bas yang dalam perjalanan membawa 30 penumpang meninggal dunia.

Rata-rata meluahkan rasa syukur kerana kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang berhenti.

"Mujurlah nyawa orang lain dalam bas itu, kalau dia terus memandu ke utara, tak tahu apa jadi," kongsi status yang tular itu.