Amat janggal jika UMNO sertai parti kecil: Zahida

Iklan
Zahida

SHAH ALAM – Bersatu perlu menyertai UMNO sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar bimbang mengenai perpecahan Melayu, kata Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Menurut beliau, amat janggal jika UMNO yang merupakan parti yang besar untuk sertai parti kecil seperti Bersatu.

Iklan
Iklan

"Perlu kita semua tanya juga, siapakah sebenarnya punca kepada perpecahan ini? Setelah pecahbelahkan Melayu, kenapa tiba-tiba nak bercakap tentang penyatuan Melayu? Kuatkan Melayu untuk lawan siapa?

"Atau apakah tiba-tiba merasakan DAP suatu ancaman. Kalau benar siapakah yang berikan kekuatan kepada DAP selama ini? Amat janggal jika UMNO parti yang besar untuk sertai PPBM parti kecil, mengapa tidak mereka yang sertai kita?,” tulisnya pada hantaran Facebook miliknya hari ini.

Iklan

Katanya, bagaimanapun beliau tidak menafikan situasi politik kini apabila Melayu sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

"Jadi kepada sahabat seperjuangan ahli- ahli UMNO yang saya hormati, mohon fikirlah semasaknya. Adakah kita sanggup pergi kepada orang yang telah lari dari perjuangan parti kita?. UMNO parti yang telah banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara.

Iklan

"UMNO adalah rumah kita, rumah tempat kita berteduh sekian lama, tidak tergamak untuk kita ikut orang yang telah terlebih dahulu tinggalkan rumah keramat ini dan bersama musuh,” katanya.