Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit

Iklan
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, himpunan selama satu jam bermula jam 5 petang itu dilangsungkan tanpa membuat sebarang notis permakluman kepada polis.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang notis diberikan kepada kita untuk himpunan itu.

"Siasatan akan dijalankan dan kita akan panggil Lokman bagi merakam keterangan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Tegasnya, kes ini akan disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Difahamkan, ucapan Lokman dalam himpunan itu turut menyentuh tentang kes video intim melibatkan seorang individu Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang mirip menteri Kabinet selain beberapa isu yang dikaitkan dengan kerajaan.

Iklan

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan sepanjang himpunan berlangsung yang disertai kira-kira 30 orang peserta itu.

Seramai enam pegawai dan 34 anggota termasuk petugas trafik telah ditugaskan di lokasi himpunan bagi mengawal dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.