Tukang cuci ditemukan maut dalam longkang

Iklan

IPOH - Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dalam longkang di Taman Pengkalan Timah, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Jamilah Yusof, 60, yang bekerja sebagai tukang cuci ditemui oleh orang awam kira-kira jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh semasa melalui jalan tersebut untuk bekerja di sebuah premis kerajaan berhampiran.

"Mangsa yang bekerja secara kontrak dipercayai pening dan terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Iklan

"Siasatan lanjut mendapati mangsa menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi berdasarkan surat akuan kesihatan yang ditemui dalam beg mangsa,” katanya.

Menurutnya, khidmat bomba dipanggil untuk mengangkat keluar mayat mangsa sebelum kematian disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Iklan

"Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.