20 maut tsunami landa selat Sunda

Iklan
Tsunami berlaku di Selat Sunda, Indonesia. - Foto Supplied

JAKARTA - INDONESIA .Sekurang-kurangnya 20 maut susulan tsunami melanda pantai di Selat Sunda awal pagi hari ini, kata kenyataan Agensi Mitigasi Bencana Indonesia.

Menurut agensi terbabit, seramai 165 mangsa lain cedera.

Iklan
Iklan

Terdapat spekulasi tsunami berlaku akibat aktiviti di kepulauan Gunung Berapi Krakatoa di selat berkenaan, kira-kira 165 kilometer barat Jakarta.- Reuters/SMH