KOTA KINABALU - Seramai 58 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah dalam ops tapis dan ops sarang, yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu dan Inanam dari 29 Jun hingga Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 24 serbuan dijalankan dan berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 1,521.75 gram dianggarkan bernilai RM187,762.50.