Murahnya, RM1.70 sahaja!

Iklan
Anis Mardhiyah dan suami Muhammad Firdaus menunjukkan mi kari dan nasi ayam berempah yang dijual pada harga RM 1.70.

JITRA - Murahnya... Itulah reaksi apabila terpandangkan pada harga makanan yang dijual di Makan D'Kafe ini.

Dengan 31 jenis makanan, pelanggan hanya perlu membayar RM1.70 untuk setiap satu hidangan makanan.

Iklan
Iklan

Tak masuk akal, tapi itulah realitinya. Bagi pasangan suami isteri Anis Mardhiyah Yaakob,24 berkata, dia dan suaminya, Muhammad Firdaus Nasir,25, harga 'runtuh' itu adalah sebagai jariah mereka membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Mula beroperasi sejak sebulan lalu itu di Kompleks Perniagaan Jitra 2 ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Iklan

Bukan hanya kerana harganya, malah rasanya juga sedap, menepati citarasa pelanggan yang makan di situ.

"Idea untuk jual murah ini selepas kami sendiri pernah melalui pengalaman hidup yang agak susah ketika kecil.

Iklan

Antara menu yang terdapat di restoran Makan D'Kafe yang menyelerakan.

"Keluarga saya pun pernah hidup susah, dengan adik beradik yang ramai nak makan apa-apa pun kena kumpul duit dulu.

"Jadi bila dah dewasa, tak salah kalau saya bantu orang lain dengan cara ini terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini," cerita Anis Mardhiyah ketika ditemui di restorannya di sini, hari ini.

Anis berkata, semua menu di sini dimasak sendiri oleh ibunya, Habibun Hashim,59, untuk mengekalkan rasa sedap dan kualiti hidangan.

"Setiap pagi pada jam 6.30 pagi ibu dah sampai untuk sediakan bahan-bahan masakan.

"Alhamdulillah sambutan daripada pelanggan sangat memuaskan dan selalunya waktu kemuncak adalah pada waktu tengah hari dan petang," katanya yang mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM20,000 untuk membuka restoran berkenaan.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi masih dikira berbaloi walaupun menjual makanan pada harga yang murah.

"Untung yang kami dapat tak lah macam orang lain, tapi Alhamdulillah yang penting kami berpuas hati kerana dapat bantu orang lain," katanya.