103 sarang tebuan dimusnahkan

Iklan
APM Marang musnahkan dalam tempoh 37 hari. - Gambar kecil: Zabri Abd Razak

MARANG - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marang berjaya menyelesaikan 103 kes serangga berbisa melibatkan tebuan selepas menerima aduan awam di daerah ini sepanjang Jun sehingga hari ini.

Pegawainya, Kapten (PA) Zabri Abd Razak berkata, kes aduan serangga berbisa jenis itu paling banyak diterima iaitu sebanyak 83 kes pada bulan Jun dan sudah 20 kes dilaporkan pada bulan Julai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aduan berkaitan serangga berkenaan turut diterima di kawasan sekolah iaitu sebanyak 10 kes dan dijangka aduan akan terus meningkat terutama ketika menjelangnya musim hujan.

"Kebiasaannya kita akan bantu pengadu untuk memusnahkan sarang tebuan termasuk aduan sarang lebah di pokok dan juga kediaman yang sudah pasti membahayakan nyawa orang ramai.

Iklan

"Namun kita perlu mengambil kira semua faktor termasuk cuaca untuk melakukan operasi tersebut, jika hujan operasi akan dijalankan dengan kaedah yang berbeza," katanya ditemui hari ini.

Katanya, seramai tiga anggota yang mempunyai kepakaran akan terlibat dalam operasi memusnahkan sarang tebuan dan mereka perlu memakai pakaian khas sebagai langkah keselamatan.

Iklan

"Kita akan hantar tiga orang anggota pakar ini ke lokasi memantau keadaan sarang serangga tersebut, sekiranya keadaan terlalu membimbangkan kita akan jalankan operasi dengan secepat mungkin.

"Kebiasaannya kita lakukan di waktu malam kerana sifat serangga ini kurang aktif namun menggunakan dengan teknik betul agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada anggota dan orang sekeliling," katanya.