KUALA LUMPUR - Malaysia sedia membantu meringankan beban rakyat Indonesia berikutan tsunami yang melanda sekitar pantai di Selat Sunda, Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten, Indonesia yang sekurang-kurangnya telah mengorbankan 20 nyawa.
"Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.
Seramai 20 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata mangsa yang terkorban khususnya berlaku di Kabupaten Pandeglang, Lampung Selatan dan Serang.
Setakat 4.30 pagi tadi (Waktu Indonesia Barat), 20 maut, 165 orang cedera, dua dilaporkan hilang dan puluhan bangunan rosak akibat kejadian itu.- Bernama