Skuad bola jaring B-21 muncul juara Asia

Iklan

SKUAD bola jaring negara beraksi cemerlang untuk menewaskan juara bertahan, Singapura 57-48 dalam final Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di Kashima Sports Center, Jepun hari ini.

Selain meraih kejuaraan yang keenam pada kejohanan bawah 21 tahun itu, kejayaan tersebut juga melayakkan Malaysia ke Piala Dunia Remaja 2021 Fiji, menurut laman Facebook Persatuan Bola jaring Jepun.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu juga merupakan balas dendam skuad negara, selepas tewas kepada pesaing dari seberang itu pada final edisi 2017 di Korea Selatan.

Malaysia mara final selepas menewaskan Sri Lanka 72-54 pada peringkat separuh akhir semalam, manakala Singapura pula mengalahkan Hong Kong 62-36.

Iklan
Iklan

Malaysia sebelum ini pernah menjuarai kejohanan itu selama lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013. - Bernama