Kes jenayah babitkan pelajar di Kedah menurun
Iklan
Zainuddin (duduk, depan tengah) bersama Jaliah (empat dari kanan) serta barisan kepimpinan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang turut hadir ke program hari ini.
SUNGAI PETANI - Jumlah keseluruhan kes jenayah membabitkan pelajar sekolah di negeri ini menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 265 kes pada 2017 berbanding 178 kes pada 2018.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sepanjang Januari sehingga Jun 2019 pula, sebanyak 122 kes jenayah melibatkan pelajar sekolah telah dilaporkan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 116 orang telah ditahan pada 2017, 110 ditahan pada 2018 dan 62 tangkapan dilakukan pada Januari hingga Jun tahun ini membabitkan pelajar sekolah bagi membantu siasatan.
"Kecurian motosikal antara kes terbesar dilaporkan membabitkan penglibatan pelajar sekolah setiap tahun," katanya semasa melancarkan 'My Future Is In My Hand' Mencegah Gengsterism dan Penyalahgunaan Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Petani hari ini.
Iklan
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Muda, Mohamad Shukri Awang, Pengetua SMK Bandar, Jaliah Juewani dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Abd Aziz Mat Piah.
Zainuddin berkata, isu jenayah dan keselamatan awam ialah topik utama yang dibincangkan di media perdana dan media sosial mutakhir ini kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti harian, perhubungan sosial dan aktiviti ekonomi masyarakat.
Iklan
"Sikap keprihatinan masyarakat sekeliling terhadap jenayah perlu dibentuk bermula dari rumah, kemudian dibawa keluar kepada komuniti kejiranan dan seterusnya kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia," katanya.
Menurutnya, pelaksanaan Program"My Future Is In My Hand” yang bertemakan pelajar bebas gengsterisme dan dadah bermatlamatkan melahirkan pelajar memiliki ketahanan mental dan fizikal terutama dalam menyedarkan pelajar tentang peranan mereka adalah wajar.
"Umum mengetahui bahawa kadar jenayah amatlah mencabar dari tahun ke tahun.
"Oleh sebab itu, kami akan terus mengekalkan usaha yang telah dan sedang dilakukan dalam mengurangkan jenayah dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.
"Sehubungan dengan itu, program ini diharap dapat membantu mencapai matlamat negara untuk mewujudkan remaja yang mempunyai jati diri yang kuat, berakhlak mulia serta penyayang," katanya.
Beliau menjelaskan, polis mengalu-alukan perkongsian data dan maklumat antara pihak masyarakat, swasta, sekolah dan pelajar sendiri.
"Usaha ke arah membanteras jenayah akan dapat dipertingkatkan lagi, sebagai contohnya melalui perkongsian maklumat termasuk melalui rakaman kamera litar tertutup yang akan membantu polis menjejaki penjenayah," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam