12 klinik di Kulai sertai PeKa B40

Iklan
Nie Ching (tengah) melawat 20 penerima PeKa B40 menjalani kesihatan percuma di sebuah klinik di Bandar Putra Kulai hari ini.

KULAI - Sebanyak 12 klinik kesihatan di Parlimen Kulai menyertai Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) yang menyediakan saringan kesihatan secara percuma bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40.

Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, dua klinik terbabit merupakan klinik kesihatan kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Bukit Besar dan Klinik Kesihatan Bukit Liki manakala 10 lagi klinik swasta.

Iklan
Iklan

Jelasnya, bagi proses mendapatkan saringan kesihatan percuma itu, penerima Bantuan Sara Hidup ( BSH) berusia 50 tahun ke atas boleh menyemak kelayakan mereka di laman web PeKa B40 yang dibuka sejak Mac ini.

"Kemudian mereka perlu ke klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenal pasti melalui pelekat PeKa B40 dengan membawa MyKad.

Iklan

"Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ketika lawatan pertama di klinik dan lawatan kedua adalah bagi keputusan makmal,” katanya di Bandar Putra di sini hari ini.

Katanya, melalui Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukan RM100 juta bagi PeKa B40 yang bertujuan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Iklan

Beliau meminta penduduk yang layak agar mendapat saringan kesihatan percuma tersebut.

Sementara itu, surirumah Zainah Sudin 73 dari Kampung Pertanian gembira kerana berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma tersebut yang amat baik bagi golongan warga emas sepertinya.