1. The Return oleh Logic sehingga kini telah ditonton sebanyak 23 juta selepas ia dikeluarkan pada 23 Ogos lalu. Lagu ini difahamkan trending kerana ramai yang berasakan ia mempunyai aura yang positif dan mampu menaikkan semangat.
2. Setelah bertunangan dan melalui hari bahagia dengan Priyanka Chopra, Nick Jonas bersama Robin Schulz tampil menerusi lagu Right Now. Nyanyian dua jejaka tampan itu meraih tontonan sebanyak 22 juta sejak ia dilancarkan pada 23 Ogos lalu.
3. Lagu Promises nyanyian Calvin Harris, Sam Smith dan Jessie Reyez mendapat tontonan sebanyak 106 juta orang sejak empat bulan lalu. Ia mengisahkan tentang cinta sejati.
4. Lagu Happier nyanyian Marshmello dan Bastille menceritakan seorang yang tidak mudah melepaskan bekas kekasihnya dan satu cara terbaik untuk melupakan adalah dengan berdoa agar si dia bahagia. Justeru lagu Happier mendapat sebanyak 137 juta tontonan.
5. Lagu Real Friends nyanyian penyanyi Camila Cabello dan Swae Lee meraih 7.8 juta dan tema untuk lagu ini sesuai dengan era kini yang mana betapa susahnya untuk membezakan kawan sejati.