MELAKA – Dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing di Alor Gajah terpaksa ditutup akibat banjir kilat yang melanda negeri ini, sejak semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata kedua-dua sekolah tersebut ditutup mulai hari ini (Isnin) setelah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir.