Elak kes keracunan makanan berulang

Iklan
Mohd Anuar (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Juhazalina ketika mengunjungi keluarga itu. (Gambar kecil: Nursyasya)

TEMERLOH - Pihak terbabit diminta lebih peka memastikan kes keracunan makanan tidak berulang sehingga boleh mengorbankan nyawa.

Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir berkata, semua pihak berkuasa diminta mengambil perhatian serius isu yang melibatkan kebersihan makanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau melakukan ziarah untuk ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan seorang anak perempuan akibat keracunan makanan yang berlaku selepas sambutan Aidilfitri.

"Saya turut berdukacita serta mendoakan keluarga ini tabah menerima takdir yang berlaku.

Iklan

"Saya harap semua pihak lebih berhati-hati dan jabatan kesihatan tegas semak mana-mana premis yang tidak jaga tempat masak dengan sempurna, kalau perlu ditutup, ditutup, kalau perlu disita, disita sebab kita hendak jaga kepentingan awam," katanya selepas melawat keluarga mangsa keracunan makanan di Taman Bukit Mentakab di sini.

Kejadian keracunan makanan yang berlaku dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah dewan di sini pada Ahad lalu menyebabkan seorang mangsa, Nursyasya Syauqina Roply, 10, meninggal dunia pada 1 Julai lalu.

Iklan

Difahamkan mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab di sini memakan kuah roti jala sebelum mengalami sakit perut dan cirit birit bersama, ibu, abangnya, nenek serta ibu saudaranya.

Mangsa yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Bukit Mentakab di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Kapor pada 2 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Anuar berkata, pihaknya akan terus memantau dan membantu keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, beliau berharap analisis hasil bedah siasat ke atas mangsa dapat dilakukan dengan segera bagi mencari punca sebenar kejadian menyedihkan itu.

Sementara itu ibu mangsa,Juhazalina Mohamed, 39, mengakui masih terlalu sedih dan trauma dengan kehilangan anak keempat dari tujuh beradik itu.

"Saya tidak dapat melupakannya dan begitu terasa kehilangannya kerana dia merupakan anak yang begitu ceria dan suka menolong saya," katanya.