Gadis dibelasah disyaki jual pil kuda

Iklan
Abdul Rahim

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis dibelasah pemilik sebuah kedai sehingga mengalami kecederaan selepas dituduh mahu menjadikan kedai miliknya sebagai tempat menjual pil kuda, dalam kejadian di Padang Negara, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi berlaku semasa mangsa berusia 20 tahun dari Kuala Ibai, di sini, datang ke kedai tersebut berseorangan untuk melepak sebelum disoal siasat pemilik kedai, 20-an yang mensyaki sesuatu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, meskipun mengenali mangsa namun lelaki terbabit masih merasa curiga kerana bimbang gadis itu menjadikan kedainya sebagai 'port' untuk menjual pil kuda kepada pelanggannya.

"Sejurus ternampak mangsa, suspek terus bertanyakan apa tujuan datang ke kedainya, namun gadis itu menjawab tak ada apa-apa, cuma untuk melepak.

Iklan

"Tetapi suspek tidak mempercayainya sebelum menuduh mangsa ingin menjual pil kuda. Gagal mengawal emosinya, suspek terus bertindak menyerang dengan menumbuk muka gadis itu sehingga lebam.

"Tidak cukup dengan itu, salah seorang pekerja wanitanya yang berada di lokasi semasa kejadian turut bertindak merosakkan telefon bimbit milik mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Jelas sumber, akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan lebam di seluruh mukanya sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.