MED tiada hasrat ubah definisi belia sertai program usahawan

Iklan
Mohd Redzuan Yusof. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) tidak berhasrat menukar definisi had umur belia kepada 30 tahun bagi membolehkan golongan itu mengikuti program pembangunan keusahawanan anjurannya dan agensi berkaitan.

Sambil menegaskan dasar berkaitan itu dikekalkan, Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata perubahan definisi had umur itu juga tidak akan menjejaskan perancangan program pembangunan usahawan belia yang telah pun dirangka.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau meminta kalangan usahawan terbabit agar tidak bimbang untuk menyertai dalam program pembangunan keusahawanan anjuran kementerian dan agensi terbabit.

"Kalau kita lihat secara menyeluruh menyatakan belia berumur 30 tahun atau 35 tahun, ini akan hanya menidakkan peluang mereka untuk mendapat latihan (keusahawanan berkaitan).

Iklan

"Apa yang kita fahami adalah had umur 30 tahun itu adalah hak mereka untuk memilih dan bukannya (membabitkan soal) penglibatan mereka dalam sebarang latihan keusahawanan daripada perspektif kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Program Usahawan Muda SME Bank 90-Days Biz Challenge 2019, di sini hari ini.

Pada minggu lepas, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi meminda takrifan ‘belia’ dan ‘pertubuhan belia’ dengan menurunkan had umur maksimum golongan itu daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Iklan

Sementara itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putrra Ismail berkata dua agensi MED menyediakan khidmat latihan iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) yang terbuka kepada semua golongan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Aria berkata program SME Bank 90-Days Biz Challenge ini merupakan kesinambungan daripada Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge untuk pelajar sekolah yang dianjurkan sejak 2012.

"Seramai 20 finalis pertandingan perlu membuat perbentangan mengenai pelaksanaan perniagaan termasuk aspek pengurusan perniagaan, kewangan dan pemasaran,” katanya.

Juara pertandingan kali ini dirangkul oleh Bosskoi Resources dari Kolej Komuniti Jerantut, Pahang yang meraih hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi kolej komuniti dari Kedah iaitu Lite and Sweet Resources (Kolej Komuniti Sungai Petani) yang mendapat RM15,000 dan Twenty Four Success Enterprise dari Kolej Komuniti Baling (RM10,000). - Bernama