Saman fitnah: Liew, Azwanddin bincang selesai luar mahkamah

Iklan

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah meninjau kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah dalam saman berkaitan penerbitan dua artikel di media sosial berkenaan isu pakaian seragam komunis.

Peguam Liew, Asheeq Ali memberitahu pemberita, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar menetapkan 26 Julai bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan terkini sama ada mereka boleh menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Iklan
Iklan

"Sekiranya tiada ketetapan, Mahkamah Tinggi akan meneruskan perbicaraan yang tarikhnya ditetapkan mulai 23 hingga 25 September," katanya semasa ditemui di luar mahkamah selepas pengurusan kes, yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam yang mewakili Azwanddin.

Chin Tong memfailkan saman itu terhadap Azwanddin pada 27 Dis berkaitan hantaran Facebook yang mendakwa timbalan menteri itu sengaja memakai uniform komunis ke acara ketenteraan.

Iklan

Azwanddin didakwa memuat naik imej dan kapsyen pada 30 Oktober lepas.

Ia juga mengenai artikel yang ditulis Azwanddin di laman web JMM pada 19 November dengan tajuk 'Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman'.

Iklan

Chin Tong menuntut antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama. - Bernama