LONDON - Berita terbaharu mengenai bayi istimewa, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sepanjang berada di London sentiasa mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Melalui status terbaharu ayahnya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di laman Facebooknya dan juga ibunya Nurul Erwani Zaidi di ruangan status Instagram miliknya seakan ingin memberitahu bahawa mereka bertiga akan pulang ke tanah air.
Dalam hantaran terbaharu Ahmad Safiuddin semalam berkongsi foto Ainul bersama kapsyen ‘Dah ready ke kakak?
Manakala di Instagram milik Nurul Azwani pula menyatakan bahawa semalam adalah hari terakhir di London.
"Alhamdulillah. Sebulan lebih di Kota London. Hari terakhir berada di London, terasa sangat sayu. Nurse (jururawat) semua jumpa Ainul dan beri wish (ucapan) pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua.
"Insya-ALLAH kami pasti akan datang semula ke London,” tulisnya di Instagram miliknya.
Rata-rata nitezen juga beranggapan bahawa soalan Safiuddin itu berkemungkinan bersedia untuk pulang ke Malaysia.
"Alhamdulillah..nak balik Malaysia dah ye..semoga dipermudahkan urusan,” komen Fizah Ishak.
"Ainul nak balik dah ke??? Alhamdulillah...Ainul dah sembuh..semoga terus sihat Ainul,” komen Nurul Miera.
Jika benar telahan itu, diharap perjalanan mereka selamat dan adik Ainul didoakan terus sihat.