Jenayah bawah umur: Tak cukup sekadar tangkap penjenayah - Hannah

Iklan
Hannah Yeoh. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Dalam mendepani isu jenayah melibatkan kanak-kanak bawah umur, ia tidak mencukupi setakat menangkap orang yang melakukan jenayah tersebut, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Sebaliknya kata beliau, masyarakat juga perlu melihat apa yang berlaku dalam keluarga mereka sehingga jenayah seperti itu berlaku.

Iklan
Iklan

"Selalunya perkara ini berlaku apabila kita ada communication breakdown (masalah komunikasi) di mana ahli keluarga tidak bercakap (sesama sendiri), tiada orang pantau, anak-anak tidak dididik.

"Saya nak tunggu laporan dulu dan kita tengok apa yang membuatkan keluarga itu menjadi seperti itu. Tapi seperti trend yang lain saya lihat, keluarga itu sama ada bapa tak ada, ataupun ibu tunggal, ibu kena cari pekerjaan dan anak-anak dibiarkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kes di Batu Gajah dan Taiping, Perak.

Semalam, remaja perempuan berusia 14 tahun bersama teman lelaki berusia 15 tahun ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.25 petang.

Iklan

Kedua-dua suspek ditangkap selepas membuat pengakuan bertindak mengelar leher dan kedua-dua tangan serta menyerkup kepala mangsa (abang perempuan) dengan plastik untuk membunuhnya.

Motif pembunuhan dipercayai gara-gara pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit sehingga kedua-dua suspek sanggup membunuh mangsa, membungkus mayatnya sebelum diletakkan di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting.

Mayat mangsa, S Sritharan,16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward V, di sini ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa pada 5 Julai.

Tambahnya, mendepani isu ini katanya, kementeriannya kini sedang mengkaji punca kepada isu berkenaan.