Aaron Aziz berkongsi kisah bapa tiri

Iklan
FOTO INSTAGRAM AARON AZIZ

PELAKON, Aaron Aziz ada berkongsi rasa syukur dan terharu atas kasih sayang yang dicurahkan oleh bapa tirinya, Abdullah Md Dawood yang disifatkan sebagai seorang yang baik, adil dan saksama.

Malahan, bapa tirinya juga menjadi individu yang sentiasa membuatkannya gembira dan tidak meminta sebarang balasan.

Iklan
Iklan

"Pada saya, individu yang membuat saya memandangnya baik adalah individu yang banyak memberikan sesuatu tanpa sebarang balasan.

"Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood adalah orangnya. Dia merupakan satu-satunya figura bapa yang saya kenali sejak ketiadaan bapa kandung ketika masa kecil.

Aaron Aziz bersama Abdullah. FOTO INSTAGRAM AARON AZIZ

Iklan

"Dia satu-satunya individu yang sentiasa memastikan ibu rasa gembira, bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan adil saksama. Dia menjaga saya dan tida beradik lain," tulisnya menerusi Instagram (IG).

Pada masa sama, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini juga memberitahu meskipun tiada adik-beradik yang berbinkan nama bapanya itu, namun masih setia menjaga keluarga dengan baik.

Iklan

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap apa yang dikongsi Aaron.

"Abang muka macam ada iras. Tak semua orang bergelar mak dan ayah tiri itu jahat. Kadang kala mereka sayang kita sama macam darah dan daging mereka sendiri," tulis shambella11.