KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata laporan bedah siasat berhubung kematian 12 orang asli di Kampung Kuala Koh, Kelantan, mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan.
Beliau berkata ini kerana bedah siasat itu bukan sahaja melibatkan pemeriksaan fizikal ke atas mayat, namun turut merangkumi hasil laporan kimia.
Iklan
Iklan
"Laporan itu turut melibatkan ujian berkaitan kimia dan ejen-ejen kimia yang terlibat, ia dinamakan ujian toksikologi, ia biasa mengambil masa sedikit,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai sebuah badan bukan kerajaan yang menggesa kerajaan mendedahkan laporan bedah siasat itu, selain mendakwa kematian orang ssli berkenaan berpunca daripada keracunan bijih mangan.
Sabtu lepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kesemua mayat orang ssli ditemui polis telah menjalani proses bedah siasat yang dilaksanakan pasukan forensik pada 17 dan 18 Jun lepas, namun menurutnya keputusan ujian toksikologi, logam berat dan entomologi masih belum diperolehi. - Bernama