Datuk Bandar Ipoh buat kunjungan hormat ke SUK Perak

Iklan
Suadi (kanan) bersama Zainal Azman pada kunjungan hormat berkenaan.- FOTO: MBI

IPOH - Datuk Bandar Ipoh yang baharu, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman hari ini.

Kunjungan yang julung kali diadakan itu diadakan menjelang lantikan Ahmad Suaidi sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-11 yang bakal diadakan di pejabat Menteri Besar, esok.

Iklan
Iklan

Ahmad Suaidi sebelum ini pernah menjawat jawatan selaku Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) sebelum menerima lantikan berkenaan.

Selain itu Ahmad Suaidi juga pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Pegawai Daerah Gombak sebelum diberi kepercayaan menggalas jawatan Timbalan SUK merangkap Pengarah UPEN.

Iklan
Iklan

Difahamkan, lantikan berkenaan dibuat bagi menggantikan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man yang dikatakan ‘menghilang’ tanpa berita sejak beberapa bulan lalu.