Tsunami: Pemain bass Seventeen antara mangsa korban

Iklan
- Foto Astro Awani

PEMAIN bass kumpulan popular Indonesia, Seventeen, antara yang menjadi mangsa korban tsunami yang melanda pantai Selat Sunda, malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, menerusi satu entri di Instagram hari ini, vokalis kumpulan berkenaan, Iffan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam tragedi itu, manakala tiga lagi anggota kumpulan itu iaitu Andi, Herman dan Ujang, masih hilang.

Iklan
Iklan

Turut maut adalah pengurus band itu, Oki Wijaya.

Lebih menyedihkan, isteri Ifan, Dylan Sahara, juga masih belum ditemui.

Iklan
Iklan

Kumpulan itu dilaporkan sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort ketika kejadian berlaku.