MELAKA - Keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila sebuah lagi pusat pemindahan ditutup, sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 753 orang daripada 190 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 934 mangsa daripada 212 keluarga, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pusat pemindahan di Balai Raya Panchor, Alor Gajah itu ditutup pada 9 malam tadi, manakala enam lagi pusat berkenaan masih beroperasi.