BERMULA dengan meminati produk wangian mendorong usahawan sabun buatan tangan, Ezatul Nazura Baba bersama anaknya Nisha Kamilia Hastings menubuhkan perniagaan sendiri berasaskan produk penjagaan diri.
Idea itu tercetus ketika wanita berusia 49 tahun itu pulang ke kampung halaman suaminya di Sydney, Australia.
Ketika berada di sana, dia mendapati kebanyakan penduduknya lebih banyak menggunakan produk buatan sendiri yang bersumberkan bahan semula jadi.
Melihatkan keunikan itu, Ezatul Nazura mula mengeluarkan produk pertamanya iaitu minyak wangi dan sabun lulur yang beroperasi dari rumah menggunakan platform jualan secara atas talian pada tahun 2016.
Selepas tiga tahun, Ezatul Nazura terus mengorak langkah melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan lebih banyak variasi produk sabun buatan tangan.
Bahan semula jadiProduk keluarannya menggunakan 100 peratus bahan semula jadi, bebas daripada pewarna tiruan, tidak berasaskan petroleum, tiada bahan kimia dan bahan pengawet.
"Bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi, kami menggunakan bahan-bahan terbaik seperti minyak pati yang diimport, herba asli tanpa campuran bahan kimia, minyak kelapa dara dan minyak zaitun,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Terdapat pelbagai rangkaian produk ditawarkan antaranya penjagaan rambut, kulit wajah, minyak urutan badan, serum wajah dan lulur.
"Setiap produk mempunyai keunikan dan manfaat tersendiri kepada kesihatan tubuh badan. Bagi memastikan setiap bahan yang digunakan tepat dengan produknya, saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kimia di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Hakimah Osman.
"Beliau berperanan sebagai penasihat terutama berkaitan penggunaan bahan yang sesuai dan selamat. Seperti sains di sebalik bahan semula jadi inilah yang membolehkan kami menghasilkan produk berkualiti.
"Misi kami mahu memastikan setiap produk bebas bahan kimia berbahaya kepada kulit dan kesihatan. Pada masa sama membantu mereka yang menghidapi masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan alahan,” katanya.
Permintaan tinggi
Walaupun mendapat permintaan yang tinggi dan sambutan menggalakkan, Ezatul Nazura akui bukan mudah mendidik masyarakat untuk beralih kepada produk semula jadi yang bebas daripada bahan kimia terlarang.
"Ramai yang masih tidak tahu bahaya penggunaan bahan kimia terlarang yang terdapat di dalam produk yang mereka guna. Ini cabaran kami. Apatah lagi produk berasaskan bahan semula jadi harganya agak mahal.
"Jadi peranan kami adalah untuk mengubah persepsi ini,” katanya.
Tambah cawangan Selepas kejayaan pembukaan bilik pameran produk sabun keluarannya di The Strand Mall, Kota Damansara, Petaling, Selangor pada Januari 2018, Ezatul Nazura berhasrat menambah lagi cawangan baharu pada tahun ini.
Katanya, dua cawangan itu dijangka beroperasi di pusat membeli belah NU Sentral dan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Proses perbincangan masih berjalan dan kami jangkakan pembukaan kedua cawangan ini mampu dilaksanakan tahun ini.
"Syarikat juga bakal berkolaboratif dengan rakan niaga untuk membuka sebuah lagi bilik pameran di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dijangka Ogos depan,” katanya yang optimis membuka akademik sendiri khusus untuk mereka yang berminat dengan pembuatan produk semula jadi.
Unit pengeluaran
Menurut Ezatul Nazura, menerusi pembukaan cawangan baharu dan kolaboratif bersama rakan niaga, syarikat menyasarkan pengeluaran kira-kira 1.8 juta unit sabun pelbagai jenis menjelang akhir tahun ini. Pada masa sama, produk sabun buatan tangan keluarnya juga bakal dieksport ke Australia menerusi kolaboratif dengan jenama Herb & Scent.
"Ketika ini, bahagian pengeluaran mampu menghasilkan sehingga 5,000 ketul sabun sehari menggunakan proses melt and pour. Manakala bagi penghasilan produk menggunakan kaedah penyejukan, kami mampu menghasilkan sehingga 300 ketul sabun sehari,” katanya.
Tambahnya, misi pihaknya ialah untuk memenuhi permintaan produk halal di negara-negara Muslim dan pasaran antarabangsa.
"Malah, kami juga komited mahu menjadi pengeluar dan penjual produk berkualiti halal demi membantu pembangunan usahawan di negara ini," katanya.