RINGGIT dibuka lebih rendah berbanding dolar US hari ini, selari dengan kebanyakan mata wang Asia, berikutan lebih banyak pelabur beralih minat ke arah mata wang selamat, kata seorang peniaga.
Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1410/1430 berbanding dolar US daripada 4.1390/1420 semasa ditutup semalam.