Warga emas maut, MPV dinaiki rempuh 'ekor' lori

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

PEKAN - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas wanita maut manakala suami dan rakannya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 19 Jalan Chini - Kuantan di sini hari ini.

Rokiah Hassan, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya, Che Mat Lateh, 70 dan Jamilah Sahari, 63, cedera ringan dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi.

Pemandu lori, Mohd Fazly Muhhmad Jusin, 32 dan seorang lagi rakan mangsa, Khatijah Ausni, 64, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan
MPV dinaiki pasangan suami isteri dan rakan mereka merempuh lori yang membelok masuk ke Kampung Batu Gong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, insiden itu berlaku ketika lori jenis Hino 12 tan tanpa muatan dipandu Mohd Fazly membelok ke kanan untuk masuk ke Kampung Batu Gong.

"Perodua Alza diniaki pasangan suami isteri bersama rakan mereka melanggar bahagian belakang kiri perodoa Alza yang datang dari arah Chini hingga menyebabkan Rokiah maut di tempat kejadian kerana dipercayai cedera parah pada bahagian kepala.

Iklan

"Che Mat yang juga peneroka pula cedera pada bahagian muka dan tulang rusuk manakala Jamilah patah bahu kanan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8.50 pagi.