PADANG BESAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta kerajaan memperuntukkan 400 tempat kepada ahlinya jika kerajaan Arab Saudi meluluskan tambahan 10,000 kuota jemaah haji yang dipohon tahun ini.
Presidennya Ismail Abidin berkata, mereka cuma memohon diberikan tempat untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu menggunakan wang sendiri sebagai mengenang jasa bekas anggota tentera kepada negara.