Hutang kereta Adib langsai serta-merta

Iklan
Yunos (kanan) bersama Mohd Kassim melihat kereta dibeli oleh Allahyarham Muhammad Adib yang mahu digunakan selepas berkahwin.

ALOR SETAR - Bank Simpanan Nasional (BSN) bersetuju untuk membantu melunaskan pinjaman kereta anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang diambilnya beberapa bulan lalu berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, kehadiran beliau bersama wakil BSN Alor Setar adalah untuk memaklumkan perkara tersebut dan menyerahkan segala urusan selanjutnya kepada bapa arawah, Mohd Kassim Abd Hamid untuk menyelesaikannya.

Iklan
Iklan

"Bantuan melunaskan pinjaman kereta ini adalah pertama kali dilakukan BSN di dalam usaha untuk menghargai Allahyarham Muhammad Adib yang dianggap sebagai wira negara.

"BSN menanggung sepenuhnya bayaran pinjaman ini dan kami ada kuasa untuk melunaskan pinjaman kereta tersebut. Kami akan berurusan dengan JPJ untuk membatalkan dan kita serahkan kepada bapa untuk menamakan pemilik baharu kereta," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Yunos berkata, pihaknya turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga itu bagi meringankan beban mereka.

Iklan

"Saya enggan mendedahkan berapa jumlah sebenar yang diselesaikan BSN namun Allahyarham Adib memang sudah ada membuat bayaran bulanan beberapa kali," katanya.

Difahamkan kereta tersebut dibeli oleh Allahyarham Muhammad Adib pada Oktober lalu bernilai lebih RM50,000 dan disimpan di rumah keluarganya untuk digunakan selepas berkahwin.

Sementara itu, Mohd Kassim berkata, beliau menghargai usaha BSN dan juga pelbagai pihak lain dalam membantu segala urusan yang membabitkan arwah anak keduanya itu.

Ditanya tentang perancangan semua sumbangan yang diterima, Mohd Kassim berkata beliau akan fikirkan perkara tersebut selepas ini.