Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia

Iklan

SHAH ALAM - Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 10 bulan, terpaksa membatalkan kepulangan ke tanah air malam tadi selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.

Memetik laporan sebuah portal berita, ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.

Iklan
Iklan

"Abang hanya beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi tetapi tidak dimaklum punca jangkitan.

"Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu, tetapi mereka mungkin akan berada di sana (UK) dua minggu lagi,” katanya.

Iklan

Semalam, bapa kepada bayi istimewa itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, melalui hantaran di Facebooknya memberitahu sedang melakukan persiapan untuk pulang ke Malaysia.

Ketika itu katanya, Ainul yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ semakin baik namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan anaknya sembuh dan kuat.

Iklan

Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, Ainul mendapat jangkitan setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan.