Mama, abah sudah wakafkan The Helmis untuk ummah: Heliza

Iklan
Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi

PENYANYI Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi atau The Helmis merupakan antara selebriti yang banyak menyertai misi kemanusiaan ke negara bergolak untuk menghulurkan sumbangan.

Semalam sekali lagi kedua beradik itu bertolak ke Gaza dan turut diiringi keluarga serta rakan-rakan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, di ruangan Instagram (IG), Heliza turut meninggalkan doa buat kedua ibu bapanya.

"Semoga ALLAH menjaga mama abah sekeluarga dalam hifzillah. Ya ALLAH jagakanlah mereka untukku... Ada nafas, berjumpa lagi Insya-ALLAH. Anakanda pergi dulu.. maafkan salah silapku," tulisnya.

Iklan

Paling terasa dengan keberangkatan Heliza dan Hazwani tentulah kedua ibu bapanya.

Sementara itu, menerusi satu temu bual siaran TV Al- Hijrah sebelum keberangkatan mereka berdua, bapa Heliza, Helmi Mohd Hasbi berkongsi bagaimana dia terbuka membenarkan dua anak itu menyerti misi kemanusian negara sedang bergolak.

Iklan
Foto Instagram Heliza Helmi

Katanya, terdapat dua keinsafan terbit di dalam dirinya iaitu pastikan kita melakukan untuk diri dan apa yang dilakukan untuk ummah.

"Itulah kombinasi penting untuk menyampaikan ke mana arah tuju akhirnya kita. Sesuatu yang baik tidaklah menjadi besar untuk diceritakan tapi memberi manfaat pada diri dan ummah menjadi pegangannya untuk memberi bantuan pada golongan sedemikian termasuk negara bergolak.

"Kita tidak perlu pertikaikan anak lelaki atau perempuan. Tapi langkah pertama kita dahului dengan tujuan baik, saya rasa itulah perkara yang sangat diredai ALLAH (SWT).

Dalam masa yang sama, Heliza turut berkongsi pertama kali dia meminta izin kepada bapanya itu untuk menjejakkan kaki ke negara bergolak tersebut diterima baik.

"Tak pe kamu pergi Gaza abah jaga Malaysia. (Abah polis waktu itu) Namun bagi mama pula mungkin berbeza sedikit, ibukan.

"Namun lama-lama, selepas beberapa tahun buat aktiviti kemanusian ini. Suatu hari mama cakap, eh lama pula duduk Malaysia, tak tolong orang Syria ke, orang luar ke.

Selepas itulah bermulalah Heliza dan Hazwani dengan misi kemanusian.

"Mama dan abah sudah wakafkan anak-anak untuk ummah," katanya.