Kes dadah anak Mat Sabu Ogos depan

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengurusan kes membabitkan anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam yang berdepan dengan pertuduhan menggunakan dadah ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Joseindra Abu Senin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak pembelaan.

Iklan
Iklan

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengguna dadah jenis ganja tetra hydrocannibol (THC).

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Saiful Islam, 32, didakwa menggunakan dadah tersebut di sebuah premis hiburan Hotel W, di sini jam 2.05 pagi pada 5 Januari lalu.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Jika sabit kesalahan, anak Mohammad Sabu itu berdepan dengan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada prosiding itu, Ahmad Saiful Islam diwakili peguam Nasa Khan.