Motosikal terbabas: Pelajar tingkatan empat maut

Iklan
Motosikal Yamaha SS yang ditunggang mangsa terbabas sebelum mangsa terlibat dalam kemalangan yabg meragut nyawanya. Gambar kecil: Muhammad Shah Daniel Munazir

MELAKA TENGAH - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sendiri di Jalan Bukit Rambai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.45 pagi mangsa, Muhammad Shah Daniel Munazir,16, mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Batang Tiga ke Bukit Rambai.

"Bagaimanapun setiba di tempat kejadian, motosikal Yamaha SS ditunggang mangsa terbabas sendiri menyebabkannya terjatuh dan terseret ke bahu kiri jalan.

Iklan

"Impak kejadian itu mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk," katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan