Tsunami: Kanak-kanak terselamat, selepas 12 jam bertarung

Iklan

BANTEN - INDONESIA. Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan selamat selepas 12 jam terperangkap dibawah runtuhan rumahnya, susulan tsunami melanda, Pantai Carita di sini semalam.

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Ali, itu berjaya diselamatkan polis Banten setelah suara tangisannya didengari pasukan keselamatan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dia hanya menangis merintih, dan mahu menemui keluarga," kata jurucakap polis Banten lapor media Indonesia.

Kanak-kanak iu akhirnya dibawa petugas keselamatan untuk diberi rawatan lanjut.

Iklan

Dalam kejadian tsunami semalam dilaporkan sekurang-kurangnya 62 orang dilaporkan maut manakala ratusan lain cedera.

Difahamkan kejadian tsunami itu berlaku susulan cetusan gunung berapi Anak Krakatoa.

Iklan

Bagaimanapun, Agensi Geologi Indonesia akan menyiasat punca sebenar tsunami terbabit.