KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh kawasan landasan stesen transit aliran ringan (LRT), seorang pekerja binaan warga Myanmar dijatuhi hukuman denda RM700 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Taufiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kyaw Naing Win, 38, selepas dia mengaku bersalah menceroboh landasan LRT Hang Tuah, di Jalan Hang Tuah di sini, pada 2.05 pagi, 28 Jun lepas.