KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu sedang dalam proses melepaskan pegangan saham dalam beberapa syarikat.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dengan menyatakan ia terletak di bawah jawatankuasa kewangan, aset dan pelaburan parti dipengerusikan Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.