Tuk Seri Zahid buat rekod

Iklan

AWANG pun nak ucapkan syabas pada Tuk Seri Zahid yang ambil semula tugas Presiden UMNO. Nampaknya tak sabar-sabar Tuk Seri Zahid ni. Makin banyak kes mahkamah membabitkan beliau, semakin bersemangat nak pimpin semula UMNO.

Awang tak mahu komen kes Tuk Seri Zahid. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Awang bukan pandai undang-undang, loyar pun tidak.

Iklan
Iklan

Undang-undang mengatakan seseorang belum bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

Prinsip itu betullah. Tapi kesalahan dari kaca mata mahkamah satu hal.

Iklan

Apa kata"mahkamah rakyat”? Pandangan umum rakyat? Bagaimana tentang pandangan tiga juta ahli UMNO dan parti sekutu dalam BN?Memang Tuk Seri Zahid belum dijatuhi hukum.

Awang nak ingatkan Tuk Seri Zahid ada 87 kes mahkamah membabitkan salah guna kuasa, rasuah dan entah apa lagi terhadap beliau. Tak tahulah kalau ada tambahan lagi.

Iklan

Bukan sikit. Ada 87 setakat ini! Ni rekod baru. Patut masuk dalam buku rekod Malaysia! Belum ada orang yang dihadapkan dengan tuduhan sebanyak itu di negara kita.

Memang Tuk Seri Zahid belum bersalah. Tapi apa kata rakyat tengok UMNO masih dipimpin oleh orang yang menghadapi 87 tuduhan mahkamah? Apa isyarat yang UMNO nak hantar pada rakyat? Awang tak kisah apa orang kata pasal Tuk Seri Zahid.

Tapi Awang rasa Tuk Seri Zahid patut fikir nama baik UMNO. UMNO dah kalah. UMNO perlu menang. UMNO kena tawan hati pengundi untuk pilihan raya akan datang.

Tapi kalau Presiden UMNO terpalit dengan kes mahkamah sampai 87, Awang tak fikir rakyat akan pandang UMNO dengan hormat.

Awang minta Tuk Seri Zahid fikir-fikirkanlah tindakannya. Macam Tuk Seri Zahid selalu kata, UMNO lebih besar daripada mana-mana individu. Ini masa pemimpin UMNO berkorban.

Bukan mengorbankan UMNO.