Didenda gara-gara curi kad ATM, wang kakak

Iklan
Jamunah didenda RM3,500 selepas mengaku bersalah mencuri kad ATM dan duit kakaknya.

KUALA PILAH - Seorang pekerja khidmat pelanggan mengaku bersalah mencuri kad pengeluaran bank (ATM) dan wang milik kakaknya pada April lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah disini hari ini.

Tertuduh, R Jamunah, 23, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Jamunah didakwa mencuri kad ATM Bank Simpanan Nasional milik R Kayathiri, 31, kira-kira jam 5 petang di Bandar Utama Tampin pada 12 April lalu.

Dia turut didakwa mencuri wang berjumlah RM400 milik mangsa sama jam antara jam 12.50 hingga 12.51 tengah hari di mesin ATM Bank Simpanan Nasional Tun Sambanthan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Iklan

Bagi kedua kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sebit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Iklan

Nariman kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 bagi semua pertuduhan terhadap tertuduh atau dipenjara selama dua bulan bagi setiap kesalahan jika gagal membayar denda tersebut