Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah

Iklan

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia lingkungan 20-an membuat laporan polis semalam mendakwa dia dirogol majikannya yang juga seorang Exco Kerajaan Perak.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis sehari selepas dirogol majikan itu di sebuah rumah di Meru, Jelapang di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk merakam percakapan mangsa.

Iklan

"Saya sahkan siasatan sedang dijalankan. Kita sedang dalam proses mengumpul segala maklumat untuk tindakan selanjutnya.

"Wanita itu (mangsa) kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Razarudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan sehingga siasatan dilengkapkan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, keterangan Exco terbabit akan dibuat pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, DAP Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap laporan seorang wanita warga Indonesia membabitkan serangan seksual seorang pemimpin parti itu.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut dan meminta pihak polis menjalankan siasatan sewajarnya.

"Ini tuduhan yang sangat serius, sepertimana laporan polis yang dibuat semalam, parti berpendapat bahawa tiada siapa pun yang boleh melangkaui undang-undang.

"Oleh itu, kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, sebarang tindakan yang akan diambil ke atas individu tersebut bergantung kepada hasil siasatan polis.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah difahamkan membuat laporan polis terhadap majikannya yang juga seorang Exco kerajaan negeri, semalam.

Mangsa dipercayai baru dua bulan bekerja dengan majikannya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Jelapang selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru Raya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:Exco Perak nafi rogol pembantu rumah