BINTULU - Dua maut manakala seorang cedera apabila pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pokok di tepi Jalan Tanjung Kidurong pagi ini.
Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat awal diterima dua mangsa yang maut ialah seorang lelaki hanya dikenali dengan nama Tropimus Tamason Tubun namun tiada maklumat pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian dan seorang wanita Meliana Tubun, 26 tahun.